Tuesday, 7 January 2014

Kuasa ISTIGHFAR ~

Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar iman?adakah semakin meningkat ataupun semakin menurun..na'uzubillahi min zalik.harap-harapnya semakin meningkat dan meningkat setiap hari yang kita lalui.

Allah~ Aku adalah hambaMu yang sering alpa dan lupa..yang sering melakukan kesilapan..yang sering melakukan maksiat..ampunilah Aku Ya Allah..janganlah Engkau timpakan musibah kepadaKu..Aku memohon keampunan daripadaMu dan Sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun dosa hamba-hambaMu.

Dengan mengucapkan “Astaghfirullah hal adzim” hati kita akan menjadi tenang..Percayalah !! Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa.





Kita sebagai hamba memerlukan pergantungan yang sepenuhnya kepada Pencipta iaitu Allah SWT. Kita memerlukanNya setiap saat supaya hidup diberkati dan dirahmati olehNya. Jangan ada sifat sombong dalam diri. Jangan merasakan diri kita adalah yang paling besar..paling kuat..paling berkuasa di dunia ini..ADA yang lebih besar..lebih kuat dan lebih berkuasa di dunia in iaitu ALLAH SWT. Dialah yang memiliki segala-galanya di dunia ini. Bila kita berjaya dalam sesuatu perkara, JANGAN katakan yang semua itu adalah hasil dari usaha kita TETAPI semuanya datang dari Allah Azza Wa Jalla. Sebab tu lah, bila perasaan sebegitu datang, cepat-cepat beristighfar kepada Allah. 

Jikalau Allah tidak menghendaki hambanya beroleh kejayaan,,kita takkan dapat kejayaan tersebut walau berusaha sedaya upaya sekalipun. Kerana kita percaya yang semuanya atas kehendak Allah. Jika Allah katakan “Jadilah !” maka jadilah perkara tersebut. 

Kesimpulannya, istighfar mempunyai kuasa yang luar biasa kepada kita sebagai seorang hamba kerana kita sering melakukan kesilapan dan untuk menyucikan diri dari dosa adalah dengan beristighfar. ALLAH  memberi jalan keluar untuk manusia kembali kepadaNya. Rasulullah yang maksum juga beristighfar apatah lagi kita manusia biasa.


Sabda Rasulullah saw :
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Nya pada setiap hari lebih dari tujuh puluh kali” (H.R Bukhari)



~ Wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment